Mahfud Effendi, Moh. (2023) Model Kurikulum Dual-Program Bersepadu: Studi Al- ternatif Kurikulum Sepama. In: Setrategi Membangun Masyarakat Kampuchea. Ikatan Pembangunan Muslim Selangor – ASMAK, Malaysia, pp. 214-226. ISBN 978-623-8091-17-1
Effendi - Model Kurikulum Dual-Program.pdf
Download (11MB) | Preview
Similarity - Effendi - Model Kurikulum Dual-Program.pdf
Download (14MB) | Preview
Abstract
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya buku yang diberi judul STRATEGI PEMBANGUNAN MASYARAKAT KAMPUCHEA ini akhirnya dapat disiapkan dalam keadaan terpaksa menempuh pelbagai dugaan. Buku ini merupakan koleksi bab-bab yang ditulis oleh penulis yang termasyhur di Malaysia, Kampuchea, Brunei dan Indonesia dalam bidang kepakaran masing-masing. Gabungan bab-bab ini dapat dimuatkan dalam sebuah khazanah yang dihasil khas sempena cukup sepuluh tahun usia Sekolah Bersepadu Musa-Asiah (SEPAMA). Sekolah ini ditubuhkan pada 1hb Oktober 2012 di mana penubuhan dan pengurusannya dikendalikan oleh Yayasan Musa-Asiah (YASMA) yang juga ditubuhkan di Kampuchea pada tahun 2012. Penubuhan SEPAMA oleh YASMA adalah bertujuan untuk pembangunan pendidikan kanak-kanak tidak kira etnis dan agama dalam rangka yang lebih besar iaitu pembangunan masyarakat Kampuchea. Bersesuaian dengan hasrat pembangunan masyarakat ini, maka kami bergabung tenaga untuk menghasilkan sebuah buku yang merupakan sebuah khazanah masyarakat Kampuchea. Kerajaan Kampuchea merupakan sebuah negara yang terakhir yang menganggotai pertubuhan ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) pada 30hb April 1999. ASEAN ditubuhkan oleh lima buah negara Asia Tenggara iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8hb Ogos 1967 dengan tujuan yang jelas. Piagam ASEAN berfungsi sebagai asas yang kukuh dalam mencapai masyarakat ASEAN. Piagam ASEAN mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2008. Rangka kerja undang-undang ASEAN ada- lah untuk meningkatkan proses pembinaan masyarakatnya.
Item Type: | Book Section / Proceedings |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Faculty of Teacher Training and Education > Department of Mathematics Education (84202) |
Depositing User: | koku Eko Kurniawan, S.Pd. |
Date Deposited: | 03 Sep 2024 06:25 |
Last Modified: | 03 Sep 2024 06:25 |
URI: | https://eprints.umm.ac.id/id/eprint/10711 |